Thursday, September 17, 2009

Dah NaK Raya ni................

Pejam celik, pejam celik dah nak raya. rasa baru je smlm aku dgr pengumuman utk puasa...hihihihihi. cpt btl masa berlalu. dengan kesibukan tugas rasa tak sedar. thn ni tak macam thn sebelum2 ni... aku mcm last year dr bulan jun dah start wat persiapan raya skt-skt... ade je sale aku beli sehelai baju utk raya.tp thn ni.....tak...masa cuti nuzul quran tu baru sibuk nak shopping... ermmmmmm...... sb nya RM kut... thn ni aku rs kan ekonomi aku btl2 tak stabil...entah la... mn silap nya aku tak th... berbanding thn-tahun lepas, thn ni semua aku cut budget.. dr duit raya, kuih raya, baju semua la.... huhuhuhu... sebab tu la aku rasa lain benar raya kali ni... aku rs excited sgt nk sambut tp ade satu halangan yang membuatkan aku rs kurang skt excited tu.. nape ek? lain benar... thn ni aku buat ape yg wajib je...
esok aku kerja lg tp half day la.... tghr tu aku akan balik kg dgn adik aku... oh ye...ni pun 1 sebab lg kut... besa 2@3 hari sebelum raya aku dah ade kat kg... kali ni lmbt skt.... tp aku la org yg plg lama kat kg...hihi. sampai 10 syawal la aku cuti...hihihi... bab tu aku la aku sakan sikit...semua kawan2 jeles... aku mmg simpan cuti utk raya... besa nya aku la yang last skali akan balik dr kg tu...hihihi...saje nak rileks & jumpe kwn2 kat sana....
oh ye....ermmm......... lps raya ni akan ade perubahan besar dlm hidup aku...huhuhuhu... aku akan bertunang pada 4 Syawal ni... isyaAllah... harap semua berjalan dengan lancar.... ermmmmmmmmm

aku nak ucapkan selamat hari raya pada mereka2 yang sudi menjengah ke blog aku... ampun maaf zahir & batin..... buat mereka yang memandu...berhati-hati ketika memandu.. ingt la org tersayang....

Wednesday, September 16, 2009

AkTiViTi aKu BuLaN RaMaDhAn.....................

Hasil Tangkapan aku di SOGO...cuti Nuzul Quran.
(7 September 2009)

berbuka dgn kwn2 sweetheart di Ayam Penyet ........
(8 September 2009)






buka posa dengan Ali & sara, Rafiq & Awek, arjun- Medan Mara & sekitar Jln TAR
(13 September 2009)

Majlis Berbuka Puasa Bersama Staff-staff Human Capital HQ-
(14 September 2009)


LaGu RaYa KeGeMaRaN AkU....................

Pulanglah - Aishah

Sayang
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah

Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah

Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga

Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela ( jiwa raga )

Pulanglah kepangkuan ku oh… sayang
Ku menunggu mu di hari raya

Tuesday, September 8, 2009

KaWaN.............

KaWaN BaiK

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk
membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya
untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan
kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah
seorang ya! ng sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya, tetapi jangan sesekali tikam kawan semata-mata ingin lepaskan diri sendiri dari masalah, berbincang adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan segala masalah dari bermasam muka dan berperangsangka buruk terhadap kawan. Tanpa kawan hidup akan terasa sunyi. Oleh itu hargailah kawan-kawan yang masih menjadi kawan. Jadilah kawan yang sentiasa di ingati.